Ducati Malaysia Perkenal Panigale V2, Multistrada V2 2025 di Pratonton Eksklusif

 
 

Pandu Laju | 22 August 2025

DUCATI Malaysia rasmi memperkenalkan model 2025 baharu Panigale V2 dan Multistrada V2 melalui sesi pratonton eksklusif di bilik pameran utama Ducati sempena acara Naza Automania Vol3.

Acara itu turut disertai ahli kelab Ducati Owners Club (DOC) Malaysia, peminat setia Ducati dan wakil pengedar rasmi.