Mercedes – Benz Malaysia dan NZ Wheels lancer Stars@Mercedes – Benz terbesar dunia di Bangsar bernilai RM 5 juta

 
 

Dagang News | 11 November 2025

KUALA LUMPUR 11 Nov, Mercedes-Benz Malaysia bersama rakan pengedarnya, NZ Wheels, melakar sejarah apabila melancarkan Stars@Mercedes-Benz terbesar di dunia di Bangsar, yang turut digabungkan dengan jenama runcit baharu Mercedes-Benz, menjadikannya yang pertama seumpamanya di peringkat global.