
SM Nasarudin (tengah) bersama Pegawai Pengurusan, Pengurus Besar Eksekutif Pemasaran Automobil Asia, Amerika Latin dan Oceania, Suzuki Motor Corporation, Masafumi Harano (empat kanan) pada perasmian Pelancaran Bilik Pameran Utama kereta Suzuki Baharu di Petaling Jaya. turut hadir Pengerusi Kumpulan Automotif Naza, Datuk Jasmy Ismail (tiga kiri). FOTO HAZREEN MOHAMAD
Harian Metro | 24 May 2025
Petaling Jaya: Naza Automotive Group (Naza Auto), melalui anak syarikatnya Naza Eastern Motors, merasmikan pelancaran bilik pameran perdana pertama Suzuki Cars Malaysia di Petaling Jaya.
Kemudahan serba moden ini menandakan satu pencapaian penting dalam usaha transformasi Naza Auto untuk mengukuhkan jenama kenderaan itu di pasaran tempatan.