NAZA Auto lancar bilik pameran perdana pertama Suzuki

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings, SM Nasarudin SM Nasimuddin (kanan) bersama Pegawai Pengurusan, Pengurus Besar Eksekutif Pemasaran Automobil Asia, Amerika Latin dan Oceania, Suzuki Motor Corporation, Masafumi Harano menandatangani plat perasmian Pelancaran Bilik Pameran Perdana Suzuki di Petaling Jaya -NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Berita Harian Online | 25 May 2025

PETALING JAYA: NAZA Automotive Group (NAZA Auto), melalui anak syarikat milik penuhnya, Naza Eastern Motors baru-baru ini melancarkan bilik pameran perdana pertama Suzuki Cars Malaysia, menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan transformasi syarikat automotif itu.

Bilik pameran yang mempunyai kemudahan berteknologi tinggi itu direka untuk mentakrifkan semula pengalaman runcit Suzuki di Malaysia dan mempercepatkan trajektori pertumbuhan jenamanya di negara ini.

Terletak secara strategik bersebelahan dengan NAZA Auto Mall di Petaling Jaya, bilik pameran seluas 5,000 kaki persegi itu mencerminkan tumpuan NAZA Auto terhadap inovasi berorientasikan pelanggan dan pertumbuhan perniagaan yang mampan.