Naza Auto Lancar Bilik Pameran Perdana Suzuki Cars Malaysia di Petaling Jaya!

 

Pandu Laju | 27 May 2025

NAZA Automotive Group, menerusi anak syarikatnya iaitu Naza Eastern Motors secara rasmi melancarkan bilik pameran perdana pertama Suzuki Cars Malaysia yang terletak bersebelahan Naza Auto Mall, Petaling Jaya.

Kemudahan berteknologi tinggi seluas 5,000 kaki persegi ini direka untuk mentakrifkan semula pengalaman runcit Suzuki dan mempercepatkan pertumbuhan jenama tersebut di pasaran tempatan.