Naza Eastern Motors lancar Suzuki Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport – Harga dari RM118,888

 
 

Funtasticko | 9 June 2026

Naza Eastern Motors baru-baru ini telah melancarkan tiga model baharu iaitu Suzuki Jimny AllGrip Plus, Suzuki Jimny Rhino Plus dan Suzuki Fronx Sport.

Pelancaran tersebut menyaksikan Suzuki Jimny menerima kemas kini paling menyeluruh setakat ini menerusi varian AllGrip Plus, manakala Jimny Rhino Plus tampil dengan identiti lebih lasak dan berkarakter.