Naza tamatkan perjanjian import, pengedaran Maserati di Malaysia 

 
 

Utusan Malaysia | 2 December 2025

PETALING JAYA: Naza Italia Sdn. Bhd. akan menamatkan perjanjian pengimportan serta pengedaran kenderaan Maserati di Malaysia dan telah memaklumkan perkara itu secara rasmi kepada Maserati SpA.

Notis penamatan itu diserahkan selaras dengan syarat kontrak 180 hari, mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 1 Januari 2009.