Suzuki Buka Bilik Pameran Baharu di Juru, Pelaburan RM1Juta

 
 

Careta | 12 September 2026

Naza Eastern Motors, pengedar rasmi kenderaan Suzuki di Malaysia, terus mengembangkan rangkaian jualannya di wilayah utara menerusi pembukaan bilik pameran Suzuki Juru di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Bilik Pameran Berkeluasan 1,600 Kaki Persegi

Terletak di kawasan strategik, Suzuki Juru bakal memberi akses lebih mudah kepada pelanggan dari Juru, Bukit Mertajam dan kawasan berhampiran yang mahu melihat atau memandu uji model Suzuki.