
Careta | 27 July 2026
Suzuki Cars Malaysia menerusi Naza Eastern Motors menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan platform langganan kenderaan FLUX bagi memperluaskan akses kepada model Suzuki
Kerjasama itu menyaksikan Suzuki Fronx dan Suzuki Jimny AllGrip Plus menjadi dua model pertama yang ditawarkan menerusi platform FLUX. Suzuki Fronx disasarkan kepada pengguna yang mahukan crossover hibrid untuk kegunaan harian di bandar, manakala Jimny AllGrip Plus pula sesuai untuk pelanggan yang mengutamakan aktiviti lasak dan pemanduan off-road.