Tubuh Naza Group pada usia 21 tahun, Allahyarham Nasimuddin kebanggaan Kuala Pilah

 
 

Majoriti | 15 May 2025

Di Malaysia, Naza Group merupakan antara syarikat tempatan yang terkenal sebagai pengedar kenderaan antarabangsa bagi pasaran automotif tempatan.

Daripada kenderaan biasa hingga mewah, hampir kebanyakan jenama import pernah memberikan kepercayaan hak mengedar kepada syarikat diasaskan Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin.

 

Senarainya meliputi Kia, Peugeot, Citroen, Ferrari, Maserati, Lamborghini, Chery dan termasuk Mercedes-Benz.